1. Membaca Surah al-Kahfi
Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)
Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Baihaqi)
2. Bersihkan diri pada hari Jumaat
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat.
Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)
4. Lakukan solat duha
Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain.
Alangkah indahnya jika kita dapat menunaikan solat duha bersama-sama orang tersayang.
Sabda Rasulullah SAW: “Pada pagi hari, setiap ruas tulang salah seorang di antara kalian itu ada sedekahnya. Maka, setiap tasbih (ucapan Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (ucapan Lailaha illallah) adalah sedekah, setiap takbir (ucapan Allahu akbar) adalah sedekah), memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang daripada kemungkaran adalah sedekah dan yang mencukupkan daripada semua itu adalah dua rakaat solat duha.” (Riwayat Muslim)
5.Berdoa pada hari Jumaat
Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang Muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada ALLAH SWT, pasti ALLAH SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. (Riwayat al-Bukhari)
waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari
KALAU BOLEH PADA HARI JUMAAT BANYAKKAN BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT, JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DENGAN BERSUNGUH - SUNGGUH DUNIA AKAN DATANG KEPADA KITA DENGAN HINA

